Semangat dalam kepenatan..

Alhamdulillah, berakhirnya peperiksaan aku pada hari jumaat lepas. Seperti yang aku jangka, aku tidak mampu untuk menjawab semua soalan bahasa Melayu. Ini kerana masa yang diberikan amat sedikit dan juga soalan yang diberikan boleh dikatakan banyak.Tapi, perkara dah berlaku kn, kita redha je la kan.

Selepas sahaja aku selesai peperiksaan pada pukul 11 pagi setelah di tambah masa setengah jam untuk hanya menguruskan kertas penghantaran kertas peperiksaan, aku terus beredar ke bilik untuk mengemas barang-barang ku. Ini kerana aku akan berpindah ke mahallah lain pada sem depan. Sebelum ini, aku telah menghantar barang-barang ku ke bilik kawan ku di Mahallah Uthman.

Pada petangnya, aku bersiap sedia untuk balik ke rumah, tapi sebelum itu, aku telah singgah ke kem Nur Bukit Unggul. Aku ke sana untuk menghadiri kursus fasilitator untuk program-program yang akan dirancang pada masa hadapan. Aku sampai ke kem tersebut pada pukul 10 malam, aku datang lambat kerana kereta yang kami naik mengambil peserta-peserta lain dan juga terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.Ketibaan kami yang lewat menyebabkan aku telah terlepas beberara siri penerangan yang dilakukan dan kami terus diberikan penerangan ringkas dan juga disusuli dengan sesi taaruf.

Latihan fasilitator yang aku alami kali ini lebih mementingkan aktiviti luar. Pada hari sabtu, kami telah belajar TTS iaitu tempur tanpa senjata. Oleh kerana aku bukanlah jenis yang cepat tangkap, oleh itu aku agak perlahan dalam sesi pembelejaran tersebut. Namun, setakat pergerakan asas insyaAllah boleh aku lakukan. Selepas itu, aku dibawa untuk melakukan aktiviti flying squierral dan juga latihan paintball. Semasa latihan menembak painball tersebut, aku tidak berjaya mencapai sasaran kerana mengalami masalah teknikal di bahagian topeng perlindungan kerana terlalu longgar lalu menyebabkan nafas keluar aku termasuk ke dalam kawasan cermin mata topeng perlindungan itu. Disebabkan masalah itu, adalah ‘bahan’ untuk abang-abang nak kenakan aku.nasib badan katakan.hehe.

Pada waktu malamnye pula, aku bersama-sama kawan-kawan aku telah diberikan satu tugas iaitu kami bersama kumpulan akan berjalan pada waktu malam dengan bantuan arahan dari abang-abang urusetia melalui walkie-talkie. Kami juga diberikan tugasan berkaitan kompas. Bayangkan pada waktu malam, kami kena menggunakan kompas dan juga mencari barang yang telah disembunyikan, memang memerlukan tumpuan dan perhatian yang lebih. Namun, kami berjaya akhirnya untuk menghabiskan perjalanan kami dengan mendapat nombor satu. Setelah itu, kami diberi tugasan untuk menangkap ayam dan juga memasak mengikut kehendak kami sendiri. Jadi kami memilih untuk memanggang ayam tersebut. Kami sampai ke bilik kami pada pukul 2.30 pagi dan terus ke katil untuk tido.zzzzzzzz…

Pada hari ahad, kami hanya menjalankan program dalam dewan, aku mendengar beberapa siri ceramah berkaitan jati diri dan juga mengenai 1 Malaysia. Selepas itu, kami pun bersiap- siap untuk balik. Seterusnya, aku terus balik ke Johor menaiki bas Mara Liner.Begitulah ceritanya hujung minggu ku,memenatkan tetapi aku gembira kerana dapat mempelajari pelbagai perkara baru.

Janganlah kamu bersikap lemah dan tertekan...






Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit mental di Malaysia. Seramai 379,010 pesakit luar dan 21,852 pesakit yang di rawat di hospital dicatatkan pada tahun 2008 berbanding 324,344 pesakit luar dan juga 21,217 pesakit yang dirawat pada tahun sebelumnya. Statistik ini menunjukkan kenaikan 17 peratus bagi pesakit luar dan juga 3 peratus bagi pesakit yang dirawat di dalam hospital.

Dapatlah aku lihat di sini bahawa peningkatan ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Sebagai manusia biasa, tidak dapat di nafikan bahawa kita sering mengalami masalah dan juga tekanan. Terdapat beberapa masalah yang sering menjadi punca kepada tekanan antaranya masalah kewangan, masalah perhubungan dan juga masalah-masalah yang lain.

Tetapi pada pendapat aku, sesuatu masalah itu boleh diselesaikan walau sebagaimana besar pun masalah itu.Ini kerana Allah sebagai Tuhan kita hanya menguji mengikut kemampuan kita dan tidak lebih dari itu. Ini bertepatan dengan firman Allah

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. dia mendapat pahala dari kebaikan dan juga seksa dari kejahatan…(hingga akhir ayat)”
Surah Al-Baqarah:286


Tetapi jika seseorang itu tidak mampu untuk menahan masalah itu dari berlarutan, maka dapatlah kita lihat di muka-muka akhbar dan juga kaca televisyen kes-kes bunuh diri. Menurut kementerian kesihatan, kadar kematian bunuh diri adalah 16 orang bagi 100000 orang bagi tahun lepas ataupun bersamaan satu kematian setiap 40 saat. Adakah ini tidak cukup tinggi??Angka ini jelas menunjukkan bahawa tahap keyakinan seseorang itu dalam mengahadapi masalah amat rendah.




Mereka menganggap bahawa tiada jalan lain yang boleh diambil jika mereka menghadapi masalah kecuali dengan jalan membunuh diri.Adakah itu jalan penyelesaianya?? Jika kita semak kembali al-Quran, Allah meletakkan manusia itu di tempat yang tertinggi dan meminta kita supaya tidak lemah dan bersedih hati.

“Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu merasa bersedih hati, padahal kamulah yang paling tinggi darjat ,jika kamu orang-orang yang beriman”
Surah Al-Imran:139


Sebelum aku terlupa, aku ada menyimpan keratan akhbar Kosmo pada 11 Jun lepas yang terpampang pada muka surat hadapanya tertulis “Cinta gila kekasih muda”. Apabila aku membaca mengenai kisah cinta mereka, alangkah sedihnya aku apabila remaja lelaki yang berusia 15 tahun sanggup membunuh diri apabila ‘kekasihnya’ mahu menamatkan hubungan. Adakah ini relitinya ungkapan “aku sanggup mati keranamu”??. Dan mengikut kajian oleh kementerian kesihatan, rata-rata dari pesakit mental adalah terdiri di kalangan remaja. Adakah mungkin remaja ini mengalami masalah yang sama seperti remaja tadi?? Hanya para remaja yang mampu menjawabnya.

Dapatlah disimpulkan disini bahawa kesihatan mental amat penting dan tanggungjawab untuk mengubati masalah ini bukan terletak pada pihak kerajaan. Kita sebagai masyarakat perlulah saling nasihat antara satu sama lain dan juga bagi aku, kita perlulah percaya bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaianya dan kita perlu sentiasa ingat kepada Tuhan kita.



Sama agama atau tidak???

Mengikut berita yang aku baca dari Bernama pada 20 Jun lepas, terdapat cadangan untuk memastikan pembantu rumah yang beragama islam terutamanya dari Indonesia. Cadangan ini telah dilontarkan oleh Ambar Setiowibowo, Pengerusi “Bocehe Dewe” iaitu suatu kumpulan jaringan sosial yang dibentuk untuk membantu pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Antara sebab yang menyebabkan Ambar ini menyatakan pendapatnya adalah kerana kebanyakan antara mereka yang didera adalah disebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka dari segi budaya dan kepercayaan agama.

Mengapa perkara ini boleh berlaku?Adakah hanya kerana pembantu rumah itu mengambil masa 10 minit untuk sembahyang, majikanya boleh memukul atau mendera pembantu rumah tersebut? Ataupun kerana majikan tidak ingin membazir, maka pembantu rumah terpaksa memakan daging khinzir saki baki lauk majikan mereka?

Pada pendapat aku,aku bersetuju dengan cadanagan yang dikemukan itu.Perbezaan kepercayaan terutamannya dari aspek agama menjadi punca mengapa perkara-perkara ini berlaku. Kes Siti Hajar Adli dari Jawa Barat adalah contoh terbaik yang boleh kita lihat. Bagaimana seseorang yang ingin mencari sesuap nasi di Malaysia terpaksa menerima penderaan seperti hamba abdi. Itulah persoalan yang timbul dalam benak fikiran aku.

Walaupun ada yang melihat masalah ini boleh diselesaikan dengan komunikasi ataupun latihan yang mencukupi, Namun, jika kita lihat kesan penderaan tersebut. Aku merasakan itu adalah perlakuan seorang tuan kepada hambanya, boleh dipukul dan disepak terajang begitu sahaja dan ini pada pendapat aku telah mencabuli hak kebebasan seseorang itu. Bukankah tiada lagi hamba di dunia moden ini???Ataupun kita sendiri tidak menyedarinya.

Doakan kejayaanku…



Akhirnya..telah hampir berakhir sem 3 ini dengan peperiksaan akhir..aku akan menghadapi hanya dua subjek iaitu Bahasa Melayu Lanjutan dan juga Quran, Sunnah and Built Environment…kedua-dua subjek ini walaupun nampak senang berbanding pelajaran lain..namun, ianya bukanlah seperti yang di sangka kn..

Subjek Bahasa Melayu memerlukan aku untuk memahami sejarah bahasa melayu dan juga berkenaan Penyata Razak dan juga Penyata Rahman Talib..selepas itu, kami belajar mengenai cara penulisan ilmiah dan juga aspek-aspek tatabahasa seperti kata Tanya, kata hubung dan banyak lagi...Tidak lupa juga kepada pola-pola ayat yang sering diberitahu oleh cikgu aku, cikgu Roslimna akan banyak ditanya..

Quran, Sunnah and Built Environment pula berkaitan dengan kaitan antara Quran dan juga Sunah dalam kita membangunkan aspek-aspek yang ada dalam rekabentuk alamsekitar…ramai kawan-kawan aku dari kuliyyah lain mahupun dari universiti lain terkejut dengan subjek ini..biasanya bagi mereka, pandangan terhadap seni bina dan juga program yang seangkatan dengannya lebih melencong kepada pandangan dari kawasan negara atas angin.

Tetapi kita lupa kepada kehebatan Sinan, seorang arkitek yang beragama islam yang mampu menghasilkan pelbagai reka bentuk bangunan yang amat menarik malah ilmunya telah di jadikan rujukan di eropah..mugkin inilah kelebihan universiti ini yang sentiasa mementingkan Quran dan juga Sunah dalam melakukan sesuatu pekerjaan..

“Sesunggahnya telah ada pada diri Rasulullah itu teladan yang baik bagimu iaitu orang yang mengharap rahmat Allah dan Hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah”
Al-Ahzab:21


Akhirnya..harapan aku agar aku dapat menjawab dengan baik dan juga aku amat berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang sudi memberi suatu cahaya kepada ku agar aku dapat teruskan kehidupan degan lebih baik..

Jadilah seperti air, menyejukkan & fleksibel…

Pada hari ahad lepas, aku dan juga rakan-rakan ku yang lain berpeluang untuk pergi ke sungai pisang…Kedudukan sungai ini yang dekat dengan UIA membolehkan kami bergerak pada petang hari…Kami hanya mengambil masa 20 minit untuk sampai ke sungai tersebut. Tujuan kami pergi ke sana hanya untuk bersuka ria dan juga mengisi masa lapang ku yang amat lapang..mungkin kerana semua rakan bilik aku tiada di bilik hujung minggu…

Kami tidak datang dengan tangan kosong,kawan- kawan aku (awe,fit,din &reza) telah bersemanagt untuk menanak nasi dan juga membeli lauk di kafe…jd, kami tidak lah terlalu lapar…sesampai di sana, kami terus bersiap sedia untuk mandi manakala ada sebahagian yang lain menyiapkan tempat dan juga kepeluan untuk kami makan…Alhamdulillah, selepas semua makan kami pun terus merendamkan diri kami di dalam sungai pisang…terasa kenikmatan apabila berada di dalam sungai tersebut walaupun matahari berada tegak di atas kepala kami…terdapat beberapa jeram di situ yang membolehkan kami duduk dan merasai urutan air sungai yang amat kuat dan juga menyegarkan…bagaikan ada yang mengurut-urut di belakang badan..=)

Tidak cukup dengan itu, salah seorang dari kami telah merajinkan diri untuk membina empangan di sekitar jeram tersebut…pada mulanya kami hanya melihat tetapi setelah melihat kesunggahan Aman, kami pun menolong untuk membina sebuah empangan kecil dengan menggunakan batu-batu sungai di sekitar kawasan itu tersebut..dengan mengambil masa hampir 2 jam..kami berjaya membina empanan yang mampu untuk membentuk kolam kecil..harapnya msih kukuh lagi=)



Inilah rupa empangan yang kami telah bina bersama…

Berbalik kepada tajuk yang di atas..aku sebenarnya mendapat beberapa pengajaran dari cuti-cuti sg pisang..pertamanya, apabila kita merasai betapa sejuknya air, adakah kita pernah berfikir kenapa Allah menjadikan air itu sejuk, bukanya panas?mungkin kerana itu bukanlah caranya untuk kita melawan terik panas mentari…jika kita aplikasikan dalam kehidupan seharian, kita dapat lihat ada sebilangan di antara kita yang menggunakan kemarahan atau dendam sebagai satu cara untuk membalas sesuatu yang kita anggap tidak disukai, adakah itu caranya…mungkin kita perlu memaafkan seseorang selagi mana kita mampu untuk menahan kemarahan tersebut..

Struktur air yang mampu untuk mengikut isipadu menyebabkan air boleh berada dimana-mana. Kita perlulah fleksibel dalam apa jua keadaan...walau dimana pun jua kita berada..sekian=)

Kelasku di pagi ahad yang hening=)

Semalam hari ahad...
walaupun hari cuti..
tapi aku dan rakan2 klas Quran Sunah & Built Environment(qsbe)
yang lain menggagahkan diri untuk melangkah ke klas yang terletak
agak jauh dari mahallah tempat tinggalku ini..
Bergerak ke kelas pada pagi ahad menyebabkan aku dan juga rakan sebilik aku
terpegun dengan keindahan pagi yang biasanya dihiasi dengan pelajar lain, tetapi
tidak pada pagi itu..hanya kami berdua sahaja yang berjalan menuju ke kelas..
Sesampai kami di kelas, aku melihat semua sedang memegang buku...
rupa-rupanya aku akan peperiksaan pertengahan semester pada pagi ni..
"ntah ape r aku baca..jawab je r"kata hati ku....
bermula dari pukul 9 samapi 11 adalah waktu pembelajaran..
tajuk yang di ajar oleh pensyarah aku adalah berkaitan dengan fungsi
sebenar rumah..di samping itu, mr. spahic sentiasa mengingat tentang
betapa pentingnya keluarga dalam pembinaan keluarga..
acap kali juga beliau membuat gurauan yang menyebabkan kami ketawa..
tetapi bagi aku..
terdapat satu soalan yang sering menyebabkan aku terfikir..
"are we prepared to be a parents??"..mgkn ada yang mengambil mudah soalan ini..
tetapi selepas berfikir..ade betulnya..kita selama ini hanya dididik untuk menjadi
seorang arkitek, jurutera, peguam, cikgu dll tetapi kita tidak mempunyai peluang
untuk belajar tentang cara menjadi ibu bapa yang baik..sedangkan tugasan
keibubapaan itu lebih penting dari yang lain..mungkin aku masih muda
untuk membuat penilaian ini..namun aku berdoa agar kita semua
dapat menjadi ibu bapa yang baik pada masa hadapan..
selepas sesi pembelajaran, kami diberikan masa untuk mengulangkaji..aku sendiri cuba
menyelak nota dan berharap apa aku baca masuk ke dalam fikiran aku namun setelah
mendapat soalan..aku berasa agak kosong fikiran ku..aku cuba menjawab sebaik
mungkin walaupun keadaan dewan kuliah yang sejuk..bagi aku, melihat kepada
kertas jawapan ku..aku berdoa agar markah yang aku bakal dapat tidaklah seteruk mana..
Kelas qsbe akhirnya tamat pada pukul 12.30..
itulah kelas ahad pertama aku sepanjang aku berada di uiam ini..



MInggu-minggu yang terisi masa lapang..hehe..

Pada isnin lepas,
aku baru sahaja menghantar tugasan bertulis bahasa melayu..
tajuk yang diberikan adalah 'rung kerjaya bahasa melayu'
"ape nak tulis nie?"cakap hati kecik aku semasa hendak menaip ayat pertama..
walaupun pada mulanya agak susah untuk melontarkan idea dan pendapat,
aku memcuba membuatnya dengan memberikan kata tanya bagi tugasan ini..
alhamdulillah, walaupun aku hanya berjaya menaip 6 helai...
tp setelah dikumpulkan dengan hasil kerja kwnku afif
dan juga zul, kami berjaya menyiapkn tugasan mengikut waktu yang ditetapkn
walaupun kami tak tau ape sebenarnye yang kami tulis...hehehe..


Pada khamis lepas pula,aku telah mengikuti satu prgrm dengan dak sekolah rendah..
tugasan yang diberikn...menjaga target shooting...bagi aku,nak mengajar menggunakan
senjata itu x r sesusah berbanding untuk menjaga kanak-kanak comel drjh 6 nie...
bilangan mereka yang ramai menyebabkan banyak kesabaran ak terhakis..hehehe..
(mgkn sebab nie ramai laki x berminat untuk menjadi ckg)...
walaubagaimanapun, aku merasa amat gembira melihat muka kegembiraan apabila
kanak-kanak ini berjaya untuk menembak dengan jayanya...bagi aku, kita akan gembira apabila dengan hasilan didikan kita seseorang itu berjaya mencapai ape yang diiginkanya..kami habis prgrm tersebut pada pukul 5.30 selepas habis semua prgrm luar dan juga memberikan kesedaran tentang betapa peri pentingnya ibubapa dalam kehidupan adik-adik nie..selepas itu aku bersama abang dan kakak fasi len semua pergi ke kedai makan tuk makan....ape g makan r pe saje..hehehe..aku sampai d uia pada kul 8 dan mlm itu terus aku berehat kerana terdapat banyak lg yang perlu dibuat selepas itu....

p/s terima kasih kepada majalah dewan bahasa kerana banyak membantu dalam penghasilan tugasan..

nntkn cacatan tuk hari jummat dan juga seterusnya pada blog yang akan datang..

nak baca buku...esok pekse..hehehe..

Pembuka bicara..

Assalamualaikum..

Selamat datang ke blog ini..
Blog ini adalah tempat aku meluahkan ape yang ade di dalam fikiranku..
mgkn ade yang berkaitan politik..
mgkn jgk ade yang berkaitan ngan sukan...
ade jugak tntg isu semasa..
hiburan?mgkn kurang...
tp,ape yang lbey penting..
biarlah blog ini menjadi tempat aku bercerita tntg diri ku..

Harapan aku..
semua yang yang membaca terhibur..hehehe..
bagi r komen yang memberangsangkan..
yang boleh membantu aku dalam menempuh hari mendatang..
Selamat datang dan membaca=)