31 juta....kemana arah tujunya??

Baru tadi aku terbaca berita dari Bernama yang kerajaan akan menyediakan sejumlah RM31 juta untuk membantu rakyat termiskin..
Tidak dinafikan kerajaan banyak membantu golongan-golongan ini bagi meneruskan kesinambungan hidup mereka tetapi jika kita lihat kembali bahawa pertolongan kerajaan itu sepatutnya bersifat sementara iaitu dalam erti kata lain, sepatutnya bilangan golongan yang menerima bantuan ini berkurangan dari tahun ke tahun.
Adakah kerajaan hanya memberi ikan untuk dimakan dan disuap tiap waktu, bukan pancing ikan yang mampu memberikan mereka ikan sepanjang hidup mereka?
Adakah kerajaan mempunyai suatu dasar yang tetap dalam membantu golongan ini atau hanya kerajaan mengagihkan kepada pihak ini wang dan bukan kemahiran yang boleh membantu mereka meningkatkan taraf hidup mereka?
Dasar yang kukuh dan juga pemantauan rapi dapat membantu golongan ini dalam memperbaiki taraf hidup mereka di samping memindahkan kos tanggungan mereka kepada orang yang lebih memerlukan..

0 ulasan:

Catat Ulasan