jom lakukan kebaikan..

1) apa itu tanggungjawab sosial??
2) bagaimana ingin melakukan tanggungjawab sosial??
3) bila boleh dilakukan tanggungjawab sosial??
4) kenapa perlu dilakukan tanggungjawab sosial??
terdapat sebuah cerita di zaman dahulu yang mana seorang sultan
telah berfikir tentang bila akan datangnya kejatuhan sesuatu zaman
atau merudumnya sesuatu prestasi dalam sesuatu bandar..
maka, sultan itu bertanya kepada salah seorang cerdik pandai pada mas itu...
lalu,cerdik pandai itu pun memberitahu bahawa sesuatu zaman itu akan menuju ke zaman kejatuhan apabila SIFAT KEAKUAN ITU MENEBAL dan TIADA SIFAT KASIHAN ANTARA SESAMA INSAN DAN MAKHLUK...
kita tidak perlu menjadi papa kerana menderma tetapi lakukanlah sesuatu kebaikan untuk masyarakat yang semakin jauh dari tuhan dan agama...
agama itu adalah sesuatu untuk dijadikan pegangan,
bukan sekadar hanya diatas kertas

1 sekolah 1 malaysia..

Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang satu malaysia..
aku beranggapan tajuk ini telah banyak diperkatakan dan dihebahkan di muka2 akhbar sebelum ini terutamanya oleh ahli2 politik..
tetapi,apabila cadangan ini di angkat semula oleh ilmuan,maka kita dapat lihat tajuk ini sedang hangat dibincangkan..
aku sebagai seorang rakyat malaysia amat menyokong seratus peratus cadangan mewujudkan hanya satu aliran sekolah atas sebab2:-
a)tidak perlu ada 2 atau lebih sistem pembelajaran jika seseorang itu menetap di atas satu tanah dan perlembagaan yang sama.
b)hanya dari semangat setiakawan antara kaum yang dipupuk dar kecil dapat membentuk satu perpaduan yang utuh kerana apabila dari kecil seseorang itu diajar untuk sanggup berkongsi antara sesama mereka, sikap ini akan berterusan sehingga mereka dewasa.
c)satu aliran mampu bukan sahaja meringankan beban kerajaan malah memudahkan kerajaan memberikan infastruktur yang sepatutnya.
tetapi.......................
a)adakah guru2 kita sudah bersedia kearah itu?ikhlas dari aku bahawa guru2 kita masih tidak bersedia kearah itu...Lihat sahaja sewaktu mereka makan di kantin...adakah mereka bersedia untuk makan semeja antara Melayu,Cina dan India..
b)adakah rakan2 sebangsa kita sanggup mengetepikan ego bangsa mereka yang meletakkan bahasa ibunda mereka ataupun bahasa inggeris melebihi dari bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia untuk digunakan dalam sistem persekolahan..
c)adakah kerajaan sanggup menyediakan satu sukatan pelajaran yang mampu untuk membentuk jiwa 1 Malaysia yang utuh di hati semua pelajar di negara ini tanpa melibatkan suatu dominasi yang besar didalam aspek agama dan bangsa demi membina satu Malaysia.