31 juta....kemana arah tujunya??

Baru tadi aku terbaca berita dari Bernama yang kerajaan akan menyediakan sejumlah RM31 juta untuk membantu rakyat termiskin..
Tidak dinafikan kerajaan banyak membantu golongan-golongan ini bagi meneruskan kesinambungan hidup mereka tetapi jika kita lihat kembali bahawa pertolongan kerajaan itu sepatutnya bersifat sementara iaitu dalam erti kata lain, sepatutnya bilangan golongan yang menerima bantuan ini berkurangan dari tahun ke tahun.
Adakah kerajaan hanya memberi ikan untuk dimakan dan disuap tiap waktu, bukan pancing ikan yang mampu memberikan mereka ikan sepanjang hidup mereka?
Adakah kerajaan mempunyai suatu dasar yang tetap dalam membantu golongan ini atau hanya kerajaan mengagihkan kepada pihak ini wang dan bukan kemahiran yang boleh membantu mereka meningkatkan taraf hidup mereka?
Dasar yang kukuh dan juga pemantauan rapi dapat membantu golongan ini dalam memperbaiki taraf hidup mereka di samping memindahkan kos tanggungan mereka kepada orang yang lebih memerlukan..

skim cepat kaya..

aku telah membaca berita dari Kosmo pada hari selasa lepas..
tajuknya adalah berkaitan penangan skim cepat kaya..
terdapat beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan..
Kenapa seseoranng itu boleh melabur dalam skim yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal?
Apa yang menyebabkan seseorang itu sanggup melaburkan kesemua duit mereka sehingga mencecah RM 60000 seorang?
Adakah rakyat malaysia terlalu materialistik?
tidak dinafikan bahawa duit boleh membawa kebahagiaan..
tetapi disamping itu, dalam duit itu juga penuh dengan sifat tamak dan haloba..
Bukankah sedehana itu suatu amalan yang dituntut..

Perbincangan tentang sekolah...

Baru2 ini terdapat beberapa pihak yang mencadangkan beberapa perubahan kepada sistem pembelajaran di sekolah-sekolah...
Antara yang pihak2 ini risaukan adalah tentang 'keislaman' sesebuah sekolah itu..

Mengapa ini perlu menjadi isu?

Adakah salah untuk membaca doa di dalam sekolah?

Adakah amalan agama rasmi yang patut dihormati tidak boleh diamalkan lagi?

Bersama kita fikirkan...