Songkok dan Penghinaan

Baru2 ini rakyat johor telah kehilangan Sultan apabila Sultan Iskandar telah mangkat pada malam 22 januari dan berlakulah upacara pemakaman baginda..
dan sekarang selama seminggu, kami rakyat johor dikehendaki berkabung dengan memakai songkok beserta lilitan kain putih 2 inci bagi lelaki islam manakala tudung putih bagi wanita islam dan bagi yang bukan beragama islam terdapat beberapa cara untuk mereka..
aku tidak terkecuali untuk memakai songkok beserta kain putih itu..
dari penglihatan aku, aku rasa terdapat hikmah dari perkabungan ini..Ini kerana aku melihat ramai lelaki yang memakai songkok di merata2 tempat hattakan penyapu samapah pun sekali..tetapi apa yang aku boleh rasai adalah bagaimana kalangan perempuan yang tidak pernah memakai tudung unutuk suatu masa yang lama boleh memakai tudung atau skarf walaupun ala2 mak datin kan..tetapi mungkin ini adalah salah satu cara yang membolehkan mereka tertarik semula untuk memakai tudung...Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka...
Beberapa hari selepas itu, aku terbaca pula mengenai kes penghinaan terhadap sultan dan ini bagi aku amat memalukan kerana ayat yang digunakan amatlah tidak sesuai bagi org yang sudah meninggal...
Apa yang menyebabkan mereka sanggup menulis sedemikian rupa??
Aku doakan agar tiada pihak lain yang sanggup mencerca org yang sudah meninggal lagi2 bagi seorang sultan
p/s: sokong cadangan dr.mahathir untuk mengadakan kelas pembinaan karakter...