Setahun di UIAM

assalamualaikum..

lama aku dah x bertulis kat blog...
kadang2 ramai gak yang meminta aku mengemaskini blog tapi mungkin aku bukan jenis orang yang suka menulis sesuatu dengan panjangnya..cukup sekadar orang tahu apa yang aku ingin sampaikan...

pejam celik pejam celik je dah setahun aku berada di uia....
365 hari penuh suka duka
8760 jam penuh dengan ketenangan dan ketegangan
525600 minit penuh dengan impian dan kenangan

Jika aku kenang kembali setahun aku belajar di UIAM dan menjadi pelajar senibina..banyak perkara yang aku belajar apatah lagi tentang kehidupan, persahabatan dan kenangan..jadi lebih baek aku bercerita mengikut sem...

SEM 3 2008/2009
hari pertama aku ditempatkan di gombak ini adalah di mahalah ruqayah..walaupun mahalah baru tapi jauh dari kelas..tiap hari aku ke kelas dengan berjalan..nak nek bas segan r pulak tengok penuh ngan kaum hawa..hehe..dan kadang2 aku menumpang afif tuk ke kelas sebab masa x mengizinkan... subjek yang aku amek adalah subjek agama bagi budak KAED iaitu QSBE(quran sunah in built environment) dan satu lagi adalah subjek wajib u iaitu BM...bersama cikgu Roslimna memang menyebabkan kelas kami penuh dengan cerita-cerita dari beliau..pada sem nie jugak r aku mempunyai masa tuk berjalan2 mengenal kl..

sambungan sem seterusnya akan ku ceritakan nnt...