PRK - air suam yang bakal menggelegak

PRK - air suam yang bakal menggelegak


Bismillahirrahmanirrahim..

Pilihan Raya Kampus atau dalam kata pendek PRK adalah satu acara penting setiap tahun untuk melantik perwakilan pelajar dari setiap kuliah untuk memenuhi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar. Saban tahun kita akan melihat rentak dan rencah menifesto yang dibawa kehadapan wakil yang masing-masing memikirkan tentang kebajikan pelajar. Selalunya ada dua entiti yang terkenal bila sahaja di sebut tentang PRK dan entiti tersebut wujud hampir di setiap Universiti di dalam negara kita. Dua entiti utama ini Pro M(Pro Mahasiswa) dan Pro A(Pro Aspirasi) dan pihak yang tidak termasuk dalam golongan ini di gelar BEBAS.

1.MINGGU AKHIR MPP

Bila sahaja sesebuah Majlis Perwakilan Pelajar sudah sampai ke minggu-minggu akhir. Mulalah promosi mengenai PRK naik. Poster-poster mengingatkan PRK akan kembali tidak lama lagi akan mula dilihat. Bagi wakil-wakil pula pungutan suara dan survey mula dilaksanakan untuk meneliti serta menganalisa kehendak @ kemahuan pelajar dilingkungan kuliah mereka. Di Universiti selalunya akan ada dua golongan pelajar, Golongan pertama golongan yang ambil tahu dan berperan serta dalam isu dalam kampus dan golongan yang kedua adalah mereka yang tidak kisah dengan isu yang berlaku disekitar kampus. Bila minggu PRK bermula golongan yang pertama inilah yang akan mula rancak meneliti perjalanan calon serta memberi kritikan atas menifesto yang dikeluarkan dan yang paling pasti mereka inilah golongan yang akan keluar mengundi di hari pengundian.

2. SUARA KETIGA

Sejak kebelakangan ini medium perhubungan sosial seperti facebook, twitter telah menjadi medium perhubungan anak muda dari pelbagai latar belakang dan pengajian. Sehinggakan tercetusnya arab spring itu adalah dari penyatuan anak muda di medium perhubungan sosial itu sendiri. Saya fikir tidak salah untuk menyuarakan pendapat mahupun mengkritik tetapi perlulah dengan cara yang betul dan dengan beradab. Melatih diri menulis, menggubah ayat itu perkara yang baik bukan? tetapi sekiranya kita menulis dan meletakkan fitnah itu perkara yang dimurkai Allah bukan? jadilah pemikir dan penulis yang menulis dengan sederhana. timbang tarakan perkara yang ingin dikritik serta jangan masukkan kepentingan peribadi mahupun mana-mana pihak dalam menyuarakan pendapat. Islam telah memberikan garis panduan yang terbaik dalam melaksanakan sesuatu perkara, kita manfaatkan sehabis baik dan elakkan mencetuskan pergaduhan.

3. air suam bakal menggelegak
Bermula dari saat ini sehingga ke hari terakhir MPP menabur bakti di bumi universiti tahap menyedarkan pelajar tentang kehadiran PRK ibarat air yang sedang dimasak berada di dalam tahap suam dan pabila sudah dekat nak masak akan menggelegaklah air itu dan kemudian akan sejuk semula bila semua berakhir. Saya harapkan agar kepanasan dan kehangatan, semangat yang jitu tidak hanya wujud tatkala durasi PRK sahaja tetapi seharusnya berterusan. Sikap cakap dan buat itu perlu diimplimentasikan karna itu yang diharapkan dan bukan hanya cakap tanpa perbuatan. Saya juga berharap gedung ilmu ini digunakan sehabis baik untuk diskusi ilmu, perdebatan sihat serta pusat pembentukan pemikir baru bukan hanya pentas belajar politik semata-mata. Tidak salah saya fikir untuk kita berpartisan tetapi bila mana masuk dilingkungan pusat ilmiah adalah lebih molek sekiranya kita bersikap non partisan dan berfikir secara kritis dan kreatif. Jika sekarang Universiti tempat persediaan wakil-wakil baru dunia politik dan kurang penghasilan pemikir-pemikir ummat.


4. Pesanan buat pelajar
Dalam kita menjadi pelajar kita perlu juga ambil tahu perkara yang berlaku disekitar kampus kita khususnya fakulti yang kita berada. Sekiranya pilihanraya kampus itu berlansung harapnya anda sebagai yang berhak mengundi, mengundilah kerana anda rasa calon tersebut layak menjadi wakil anda dan boleh membawa suara anda ke pihak atasan . Jangan biarkan sebab pengundian anda itu kerna disuruh segelintir pihak dan mungkin juga atas dasar mengikut.


Akhir kalam, PRK itu medium melahirkan pemimpin dan wakil pelajar bukan tempat mendidik pemikiran politik... Selamat datang Pilihan Raya Kampus!

diambil asli dari momentumuiam.blogspot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan