Doakan kejayaanku…



Akhirnya..telah hampir berakhir sem 3 ini dengan peperiksaan akhir..aku akan menghadapi hanya dua subjek iaitu Bahasa Melayu Lanjutan dan juga Quran, Sunnah and Built Environment…kedua-dua subjek ini walaupun nampak senang berbanding pelajaran lain..namun, ianya bukanlah seperti yang di sangka kn..

Subjek Bahasa Melayu memerlukan aku untuk memahami sejarah bahasa melayu dan juga berkenaan Penyata Razak dan juga Penyata Rahman Talib..selepas itu, kami belajar mengenai cara penulisan ilmiah dan juga aspek-aspek tatabahasa seperti kata Tanya, kata hubung dan banyak lagi...Tidak lupa juga kepada pola-pola ayat yang sering diberitahu oleh cikgu aku, cikgu Roslimna akan banyak ditanya..

Quran, Sunnah and Built Environment pula berkaitan dengan kaitan antara Quran dan juga Sunah dalam kita membangunkan aspek-aspek yang ada dalam rekabentuk alamsekitar…ramai kawan-kawan aku dari kuliyyah lain mahupun dari universiti lain terkejut dengan subjek ini..biasanya bagi mereka, pandangan terhadap seni bina dan juga program yang seangkatan dengannya lebih melencong kepada pandangan dari kawasan negara atas angin.

Tetapi kita lupa kepada kehebatan Sinan, seorang arkitek yang beragama islam yang mampu menghasilkan pelbagai reka bentuk bangunan yang amat menarik malah ilmunya telah di jadikan rujukan di eropah..mugkin inilah kelebihan universiti ini yang sentiasa mementingkan Quran dan juga Sunah dalam melakukan sesuatu pekerjaan..

“Sesunggahnya telah ada pada diri Rasulullah itu teladan yang baik bagimu iaitu orang yang mengharap rahmat Allah dan Hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah”
Al-Ahzab:21


Akhirnya..harapan aku agar aku dapat menjawab dengan baik dan juga aku amat berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang sudi memberi suatu cahaya kepada ku agar aku dapat teruskan kehidupan degan lebih baik..

0 ulasan:

Catat Ulasan