Jadilah seperti air, menyejukkan & fleksibel…

Pada hari ahad lepas, aku dan juga rakan-rakan ku yang lain berpeluang untuk pergi ke sungai pisang…Kedudukan sungai ini yang dekat dengan UIA membolehkan kami bergerak pada petang hari…Kami hanya mengambil masa 20 minit untuk sampai ke sungai tersebut. Tujuan kami pergi ke sana hanya untuk bersuka ria dan juga mengisi masa lapang ku yang amat lapang..mungkin kerana semua rakan bilik aku tiada di bilik hujung minggu…

Kami tidak datang dengan tangan kosong,kawan- kawan aku (awe,fit,din &reza) telah bersemanagt untuk menanak nasi dan juga membeli lauk di kafe…jd, kami tidak lah terlalu lapar…sesampai di sana, kami terus bersiap sedia untuk mandi manakala ada sebahagian yang lain menyiapkan tempat dan juga kepeluan untuk kami makan…Alhamdulillah, selepas semua makan kami pun terus merendamkan diri kami di dalam sungai pisang…terasa kenikmatan apabila berada di dalam sungai tersebut walaupun matahari berada tegak di atas kepala kami…terdapat beberapa jeram di situ yang membolehkan kami duduk dan merasai urutan air sungai yang amat kuat dan juga menyegarkan…bagaikan ada yang mengurut-urut di belakang badan..=)

Tidak cukup dengan itu, salah seorang dari kami telah merajinkan diri untuk membina empangan di sekitar jeram tersebut…pada mulanya kami hanya melihat tetapi setelah melihat kesunggahan Aman, kami pun menolong untuk membina sebuah empangan kecil dengan menggunakan batu-batu sungai di sekitar kawasan itu tersebut..dengan mengambil masa hampir 2 jam..kami berjaya membina empanan yang mampu untuk membentuk kolam kecil..harapnya msih kukuh lagi=)



Inilah rupa empangan yang kami telah bina bersama…

Berbalik kepada tajuk yang di atas..aku sebenarnya mendapat beberapa pengajaran dari cuti-cuti sg pisang..pertamanya, apabila kita merasai betapa sejuknya air, adakah kita pernah berfikir kenapa Allah menjadikan air itu sejuk, bukanya panas?mungkin kerana itu bukanlah caranya untuk kita melawan terik panas mentari…jika kita aplikasikan dalam kehidupan seharian, kita dapat lihat ada sebilangan di antara kita yang menggunakan kemarahan atau dendam sebagai satu cara untuk membalas sesuatu yang kita anggap tidak disukai, adakah itu caranya…mungkin kita perlu memaafkan seseorang selagi mana kita mampu untuk menahan kemarahan tersebut..

Struktur air yang mampu untuk mengikut isipadu menyebabkan air boleh berada dimana-mana. Kita perlulah fleksibel dalam apa jua keadaan...walau dimana pun jua kita berada..sekian=)

0 ulasan:

Catat Ulasan