Sama agama atau tidak???

Mengikut berita yang aku baca dari Bernama pada 20 Jun lepas, terdapat cadangan untuk memastikan pembantu rumah yang beragama islam terutamanya dari Indonesia. Cadangan ini telah dilontarkan oleh Ambar Setiowibowo, Pengerusi “Bocehe Dewe” iaitu suatu kumpulan jaringan sosial yang dibentuk untuk membantu pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Antara sebab yang menyebabkan Ambar ini menyatakan pendapatnya adalah kerana kebanyakan antara mereka yang didera adalah disebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka dari segi budaya dan kepercayaan agama.

Mengapa perkara ini boleh berlaku?Adakah hanya kerana pembantu rumah itu mengambil masa 10 minit untuk sembahyang, majikanya boleh memukul atau mendera pembantu rumah tersebut? Ataupun kerana majikan tidak ingin membazir, maka pembantu rumah terpaksa memakan daging khinzir saki baki lauk majikan mereka?

Pada pendapat aku,aku bersetuju dengan cadanagan yang dikemukan itu.Perbezaan kepercayaan terutamannya dari aspek agama menjadi punca mengapa perkara-perkara ini berlaku. Kes Siti Hajar Adli dari Jawa Barat adalah contoh terbaik yang boleh kita lihat. Bagaimana seseorang yang ingin mencari sesuap nasi di Malaysia terpaksa menerima penderaan seperti hamba abdi. Itulah persoalan yang timbul dalam benak fikiran aku.

Walaupun ada yang melihat masalah ini boleh diselesaikan dengan komunikasi ataupun latihan yang mencukupi, Namun, jika kita lihat kesan penderaan tersebut. Aku merasakan itu adalah perlakuan seorang tuan kepada hambanya, boleh dipukul dan disepak terajang begitu sahaja dan ini pada pendapat aku telah mencabuli hak kebebasan seseorang itu. Bukankah tiada lagi hamba di dunia moden ini???Ataupun kita sendiri tidak menyedarinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan