Semangat dalam kepenatan..

Alhamdulillah, berakhirnya peperiksaan aku pada hari jumaat lepas. Seperti yang aku jangka, aku tidak mampu untuk menjawab semua soalan bahasa Melayu. Ini kerana masa yang diberikan amat sedikit dan juga soalan yang diberikan boleh dikatakan banyak.Tapi, perkara dah berlaku kn, kita redha je la kan.

Selepas sahaja aku selesai peperiksaan pada pukul 11 pagi setelah di tambah masa setengah jam untuk hanya menguruskan kertas penghantaran kertas peperiksaan, aku terus beredar ke bilik untuk mengemas barang-barang ku. Ini kerana aku akan berpindah ke mahallah lain pada sem depan. Sebelum ini, aku telah menghantar barang-barang ku ke bilik kawan ku di Mahallah Uthman.

Pada petangnya, aku bersiap sedia untuk balik ke rumah, tapi sebelum itu, aku telah singgah ke kem Nur Bukit Unggul. Aku ke sana untuk menghadiri kursus fasilitator untuk program-program yang akan dirancang pada masa hadapan. Aku sampai ke kem tersebut pada pukul 10 malam, aku datang lambat kerana kereta yang kami naik mengambil peserta-peserta lain dan juga terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.Ketibaan kami yang lewat menyebabkan aku telah terlepas beberara siri penerangan yang dilakukan dan kami terus diberikan penerangan ringkas dan juga disusuli dengan sesi taaruf.

Latihan fasilitator yang aku alami kali ini lebih mementingkan aktiviti luar. Pada hari sabtu, kami telah belajar TTS iaitu tempur tanpa senjata. Oleh kerana aku bukanlah jenis yang cepat tangkap, oleh itu aku agak perlahan dalam sesi pembelejaran tersebut. Namun, setakat pergerakan asas insyaAllah boleh aku lakukan. Selepas itu, aku dibawa untuk melakukan aktiviti flying squierral dan juga latihan paintball. Semasa latihan menembak painball tersebut, aku tidak berjaya mencapai sasaran kerana mengalami masalah teknikal di bahagian topeng perlindungan kerana terlalu longgar lalu menyebabkan nafas keluar aku termasuk ke dalam kawasan cermin mata topeng perlindungan itu. Disebabkan masalah itu, adalah ‘bahan’ untuk abang-abang nak kenakan aku.nasib badan katakan.hehe.

Pada waktu malamnye pula, aku bersama-sama kawan-kawan aku telah diberikan satu tugas iaitu kami bersama kumpulan akan berjalan pada waktu malam dengan bantuan arahan dari abang-abang urusetia melalui walkie-talkie. Kami juga diberikan tugasan berkaitan kompas. Bayangkan pada waktu malam, kami kena menggunakan kompas dan juga mencari barang yang telah disembunyikan, memang memerlukan tumpuan dan perhatian yang lebih. Namun, kami berjaya akhirnya untuk menghabiskan perjalanan kami dengan mendapat nombor satu. Setelah itu, kami diberi tugasan untuk menangkap ayam dan juga memasak mengikut kehendak kami sendiri. Jadi kami memilih untuk memanggang ayam tersebut. Kami sampai ke bilik kami pada pukul 2.30 pagi dan terus ke katil untuk tido.zzzzzzzz…

Pada hari ahad, kami hanya menjalankan program dalam dewan, aku mendengar beberapa siri ceramah berkaitan jati diri dan juga mengenai 1 Malaysia. Selepas itu, kami pun bersiap- siap untuk balik. Seterusnya, aku terus balik ke Johor menaiki bas Mara Liner.Begitulah ceritanya hujung minggu ku,memenatkan tetapi aku gembira kerana dapat mempelajari pelbagai perkara baru.

1 ulasan:

innii 30 Jun 2009 pada 11:35 PG  

hoho~..ini dah semacam laporan aktiviti muazan ni..leh r pas ni lantik ko jadi s/u..kui3..weh..banyak kesalahan tatabahasa neh..ni yang cikgu bm nak marah neh..ane bleh baru pas exam bm dah leh wat salah..huhui..

kesilapan ketara..oleh kerana ane ade cik adik..oleh sebab ade le..huhui..

p/s : x sabar nak ke gombak blaja bm..ki3

Catat Ulasan