Kelasku di pagi ahad yang hening=)

Semalam hari ahad...
walaupun hari cuti..
tapi aku dan rakan2 klas Quran Sunah & Built Environment(qsbe)
yang lain menggagahkan diri untuk melangkah ke klas yang terletak
agak jauh dari mahallah tempat tinggalku ini..
Bergerak ke kelas pada pagi ahad menyebabkan aku dan juga rakan sebilik aku
terpegun dengan keindahan pagi yang biasanya dihiasi dengan pelajar lain, tetapi
tidak pada pagi itu..hanya kami berdua sahaja yang berjalan menuju ke kelas..
Sesampai kami di kelas, aku melihat semua sedang memegang buku...
rupa-rupanya aku akan peperiksaan pertengahan semester pada pagi ni..
"ntah ape r aku baca..jawab je r"kata hati ku....
bermula dari pukul 9 samapi 11 adalah waktu pembelajaran..
tajuk yang di ajar oleh pensyarah aku adalah berkaitan dengan fungsi
sebenar rumah..di samping itu, mr. spahic sentiasa mengingat tentang
betapa pentingnya keluarga dalam pembinaan keluarga..
acap kali juga beliau membuat gurauan yang menyebabkan kami ketawa..
tetapi bagi aku..
terdapat satu soalan yang sering menyebabkan aku terfikir..
"are we prepared to be a parents??"..mgkn ada yang mengambil mudah soalan ini..
tetapi selepas berfikir..ade betulnya..kita selama ini hanya dididik untuk menjadi
seorang arkitek, jurutera, peguam, cikgu dll tetapi kita tidak mempunyai peluang
untuk belajar tentang cara menjadi ibu bapa yang baik..sedangkan tugasan
keibubapaan itu lebih penting dari yang lain..mungkin aku masih muda
untuk membuat penilaian ini..namun aku berdoa agar kita semua
dapat menjadi ibu bapa yang baik pada masa hadapan..
selepas sesi pembelajaran, kami diberikan masa untuk mengulangkaji..aku sendiri cuba
menyelak nota dan berharap apa aku baca masuk ke dalam fikiran aku namun setelah
mendapat soalan..aku berasa agak kosong fikiran ku..aku cuba menjawab sebaik
mungkin walaupun keadaan dewan kuliah yang sejuk..bagi aku, melihat kepada
kertas jawapan ku..aku berdoa agar markah yang aku bakal dapat tidaklah seteruk mana..
Kelas qsbe akhirnya tamat pada pukul 12.30..
itulah kelas ahad pertama aku sepanjang aku berada di uiam ini..



2 ulasan:

izwanyusof 8 Jun 2009 pada 11:07 PTG  

susah tol nak post comment kat cni !!

Tanpa Nama 10 Jun 2009 pada 9:12 PTG  

saye sokong pentadbir blog..susah giler..hahahahha..jom wat kacau ramai2 kat shoutbox die..ahakz..
teruskan usha ye..yeah~

Catat Ulasan