Janganlah kamu bersikap lemah dan tertekan...






Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit mental di Malaysia. Seramai 379,010 pesakit luar dan 21,852 pesakit yang di rawat di hospital dicatatkan pada tahun 2008 berbanding 324,344 pesakit luar dan juga 21,217 pesakit yang dirawat pada tahun sebelumnya. Statistik ini menunjukkan kenaikan 17 peratus bagi pesakit luar dan juga 3 peratus bagi pesakit yang dirawat di dalam hospital.

Dapatlah aku lihat di sini bahawa peningkatan ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Sebagai manusia biasa, tidak dapat di nafikan bahawa kita sering mengalami masalah dan juga tekanan. Terdapat beberapa masalah yang sering menjadi punca kepada tekanan antaranya masalah kewangan, masalah perhubungan dan juga masalah-masalah yang lain.

Tetapi pada pendapat aku, sesuatu masalah itu boleh diselesaikan walau sebagaimana besar pun masalah itu.Ini kerana Allah sebagai Tuhan kita hanya menguji mengikut kemampuan kita dan tidak lebih dari itu. Ini bertepatan dengan firman Allah

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. dia mendapat pahala dari kebaikan dan juga seksa dari kejahatan…(hingga akhir ayat)”
Surah Al-Baqarah:286


Tetapi jika seseorang itu tidak mampu untuk menahan masalah itu dari berlarutan, maka dapatlah kita lihat di muka-muka akhbar dan juga kaca televisyen kes-kes bunuh diri. Menurut kementerian kesihatan, kadar kematian bunuh diri adalah 16 orang bagi 100000 orang bagi tahun lepas ataupun bersamaan satu kematian setiap 40 saat. Adakah ini tidak cukup tinggi??Angka ini jelas menunjukkan bahawa tahap keyakinan seseorang itu dalam mengahadapi masalah amat rendah.




Mereka menganggap bahawa tiada jalan lain yang boleh diambil jika mereka menghadapi masalah kecuali dengan jalan membunuh diri.Adakah itu jalan penyelesaianya?? Jika kita semak kembali al-Quran, Allah meletakkan manusia itu di tempat yang tertinggi dan meminta kita supaya tidak lemah dan bersedih hati.

“Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu merasa bersedih hati, padahal kamulah yang paling tinggi darjat ,jika kamu orang-orang yang beriman”
Surah Al-Imran:139


Sebelum aku terlupa, aku ada menyimpan keratan akhbar Kosmo pada 11 Jun lepas yang terpampang pada muka surat hadapanya tertulis “Cinta gila kekasih muda”. Apabila aku membaca mengenai kisah cinta mereka, alangkah sedihnya aku apabila remaja lelaki yang berusia 15 tahun sanggup membunuh diri apabila ‘kekasihnya’ mahu menamatkan hubungan. Adakah ini relitinya ungkapan “aku sanggup mati keranamu”??. Dan mengikut kajian oleh kementerian kesihatan, rata-rata dari pesakit mental adalah terdiri di kalangan remaja. Adakah mungkin remaja ini mengalami masalah yang sama seperti remaja tadi?? Hanya para remaja yang mampu menjawabnya.

Dapatlah disimpulkan disini bahawa kesihatan mental amat penting dan tanggungjawab untuk mengubati masalah ini bukan terletak pada pihak kerajaan. Kita sebagai masyarakat perlulah saling nasihat antara satu sama lain dan juga bagi aku, kita perlulah percaya bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaianya dan kita perlu sentiasa ingat kepada Tuhan kita.



0 ulasan:

Catat Ulasan